Lelaki berkenaan dibawa ke hospital selepas mengalami masalah hilang ingatan dan keupayaan untuk berfikir, dipercayai selepas memakan otak seekor tupai.

Selain itu, dia juga dilaporkan tidak mampu berjalan sendiri.

Hasil pemeriksaan, lelaki berkenaan didapati menghidap penyakit Creutzfeldt-Jakob (CJD) atau lebih dikenali sebagai penyakit lembu gila akibat memakan makanan tercemar.

Menurut Pegawai Perubatan di Rocehster Regional Health, Dr. Tara Chen, CJD merupakan penyakit yang jarang berlaku kepada manusia. Hanya ratusan kes sahaja dilaporkan sejak 1980-an sehingga kini dan banyak dikesan di United Kingdom (UK).

“Jangkitan pernah berlaku di UK akibat memakan daging yang tercemar,”katanya.

Dr. Tara berkata, siasatan terhadap kematian seorang lelaki baru-baru ini mempunyai kaitan dengan sikapnya yang suka makan tupai.

“Lelaki itu memakan otak tupai. Tidak dapat dipastikan sama ada mangsa memakan daging atau otak yang sudah tercemar. – LIVE SCIENCE