Mohammed Houli Chemlal berkata demikian di mahkamah tinggi di sini apabila keempat-empat mereka yang terlibat dalam serangan keganasan di Sepanyol dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Kempat-empat mereka - Driss Oukabir, Sahal el Karib, Mohammed Aalla dan Mohamed Houli Chemlal - tiba di Mahkamah Tinggi Sepa­nyol dengan menaiki van polis dan dikawal ketat pasukan ke­selamatan.

Suspek-suspek berkenaan me­rupakan antara 12 orang yang dipercayai oleh polis telah berjaya ditahan atau dibunuh dalam serangan berkenaan.

Hakim sebuah tribunal khas ke­ganasan akan memutuskan sama ada kesemua suspek yang ditahan akan dibicara atau sebaliknya.

Dalam pada itu, polis menembak mati Abouyaaqoub, 22, seorang suspek yang memandu van dalam rempuhan berdarah di Barcelona, di sebuah perkampungan yang terletak kira-kira 60 kilometer dari barat Barcelona semalam selepas menerima beberapa maklumat.

Suspek itu sebelum ini telah merempuh sekumpulan pelancong di Las Ramblas menyebabkan 14 maut dan lebih 130 cedera.

Menurut seorang saksi, Arnau Gomez yang tinggal beberapa kilometer dari lokasi suspek ditembak, perkampungan tersebut yang mempunyai kira-kira 300 penduduk menjadi pilihan sebagai tempat persembunyian kerana terpencil.

Sementara itu di Ripoll, Maghribi iaitu tempat asal Abouyaaqoub, seorang pekerja kilang yang dikenali sebagai Hassan Azzidi melahirkan rasa lega selepas suspek itu ditembak polis.

“Perkara ini perlu dihentikan kerana kami seolah-olah berdepan dengan peperangan,” ujarnya.

Pihak berkuasa Sepanyol telah menyerbu ke beberapa buah rumah untuk membongkar kegiatan keganasan yang berpusat di sebuah pekan kecil bersempadan dengan Ripoll, di utara Catalonia, Ripoll dikatakan tempat tinggal hampir kesemua suspek ber­kenaan .

Seorang lelaki berusia 40-an dikenali sebagai Abdelbaki Es Satty yang mempunyai rekod jenayah dalam penyeludupan dadah disyaki menjadi dalang dalam mempengaruhi golongan muda di Ripoll untuk melakukan aktiviti keganasan.

Seramai 15 orang terbunuh dalam serangan keganasan terma­suk seorang lelaki yang ditemukan mati ditikam selepas Abouyaaqoub merampas keretanya untuk me­larikan diri. – AFP