Channels News Asia melaporkan, terdapat 194 penumpang ketika penerbangan yang dalam perjalanan dari Beijing ke Seattle, Amerika Syarikat itu membuat pendaratan di pulau Shemya.

Memetik laporan akhbar Anchorage Daily News, sebuah pesawat yang membawa beberapa petugas penyelenggaraan, ejen per­khidmatan pelanggan lapangan terbang dan kru kapal diterbangkan ke pulau tersebut untuk membantu penumpang yang terkandas.

“Saya masih hidup! Pesawat itu kehilangan satu enjin dan mendarat di pangkalan tentera udara AS di Alaska yang terletak di tengah lautan,” tulis seorang penum­pang menerusi Twitter beliau. – AGENSI