SEBUAH menara di Istana Kumamoto di selatan Jepun runtuh akibat hujan lebat.-AFP

Hujan lebat menyebabkan dinding batu yang menyokong struktur menara Mototaiko Yagura di istana yang dibina pada tahun 1607 semasa era feudal Jepun itu runtuh.

Seorang pengawal yang mengawal kompleks istana mengesahkan tiada yang cedera dalam insiden tersebut.

Kompleks istana dikelilingi beratus-ratus pokok ceri dan pernah menjadi tarikan utama pelancong itu telah ditutup kepada orang ramai sejak gempa bumi pada tahun 2016.-AFP