Ekoran itu, ribuan pelancong terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne dan Sydney.

Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney membatalkan 76 pe­nerbangan, namun satu landasan ditutup kerana angin kencang.

“Keadaan tidak selamat untuk pesawat mendarat atau berlepas dan kami memutuskan untuk membuka satu sahaja laluan, tetapi ada penangguhan,” kata pihak pentadbiran Lapa­ngan Terbang Antarabangsa Sydney kepada Reuters.

Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne juga mengurangkan bilangan penerbangan yang tiba dan berlepas setiap jam.

Angin kencang yang bertiup dengan kelajuan 70 kilometer sejam mengakibatkan kebakaran hutan di sepanjang kawasan pantai timur, sekali gus me­ngancam kediaman dan memaksa penduduk berpindah.

Lapor Perkhidmatan Bomba Luar Bandar, 21 kebakaran dicatatkan di sepanjang negeri New South Wales.

Pesawat Boeing 737 yang diubah suai digunakan sebagai penyembur air bagi memadamkan kebakaran di sekitar bandar Newcastle, utara Sydney.

Pesawat terbabit mampu membawa 15,000 liter air pada satu-satu masa. – REUTERS