Dailymail melaporkan, pe­nye­lidik mendapati ini sekali gus dapat meningkatkan kese­jahteraan sosial.

Penggunaan teknologi baharu daripada telefon pintar sehingga media sosial telah menimbulkan kebimbangan mengenai potensinya mengurangkan kegembiraan dan interaksi sosial.

Bagaimanapun, penemuan ini menunjukkan media sosial tidak memberikan impak negatif kepada interaksi sesama manusia.

Penolong Profesor Universiti tersebut dalam bidang kewartawanan, Mike Kearney berkata, orang ramai cenderung meng­andaikan bahawa kemunculan teknologi membawa kesan buruk.

“Anggapan bahawa penggunaan media sosial memberi kesan negatif dan sejagat terhadap interaksi sosial antara individu adalah tidak benar,” katanya.

Penyelidikan yang diketuai oleh Kearney itu menjalankan eksperimen jangka panjang dan jangka pendek untuk kajian itu.

Kajian pertama melibatkan 2,774 individu sejak 2009 hingga 2011, mendapati peningkatan penggunaan media sosial tidak dikaitkan secara langsung de­ngan perubahan da­lam hubu­ngan sosial.

Manakala, kajian kedua melibatkan 116 orang dewasa dan pelajar kolej melalui mesej teks selama lima hari mendapati bahawa penggunaan media sosial pada mulanya tidak memberi kesan kepada interaksi sosial masa depan.