Laporan itu juga menggesa Trump untuk bertindak lebih tegas bagi menyelesaikan beberapa perkara berbangkit.

Akhbar terkemuka Korea Utara, Rodong Sinmun memuji Trump kerana cuba untuk memulihkan hubungan antara kedua-dua negara dan mencapai keamanan dunia.

“Bagaimanapun, beliau berdepan dengan ramai musuh,” kata akhbar berkenaan.

Akhbar itu mendakwa anggota parti Demokrat dan bahkan beberapa ahli Republikan cuba menghalang usaha Trump untuk kepentingan mereka sendiri malahan media turut memburuk-burukkan polisinya.

“Kebuntuan dalam hubungan antara Korea Utara dan AS memerlukan keputusan lebih tegas daripada Trump,” ujar akhbar terbabit. - AFP