Mayat Wa Tiba ditemukan semalam sebaik sahaja penduduk kampung membelah perut ular sawa sepanjang tujuh meter itu selepas ditangkap di Kampung Persiapan Lawela, Pulau Muna, luar pesisir Sulawesi.

“Penduduk kampung mengesyaki ular terbabit membaham mang­sa, lalu mereka membunuhnya dan kemudian membawa ular itu keluar dari kebun tersebut.

“Perut ular itu dibelah dan mayat mangsa ditemukan,” kata ketua polis tempatan, Hamka.

Kira-kira 100 penduduk kampung menjalankan usaha mencari Wa Tiba selepas wanita itu dikatakan hilang sejak malam kelmarin.

Menurut Hamka, penduduk kampung menjumpai ular sawa terbabit yang berada kira-kira 30 meter dari selipar dan parang milik Wa Tiba ditemukan.

Tambahnya, kawasan kebun iaitu lokasi wanita itu dilaporkan hilang dikelilingi gua dan merupakan kawasan habitat ular. – AFP