Menurut pihak polis Valais, mayat mereka yang berpakaian lengkap era perang dunia kedua dan berdekatan antara satu sama lain ditemukan oleh seorang pekerja resort itu di ketinggian 2,615 meter, minggu lalu.

Polis turut memaklumkan menemukan surat pengenalan di samping kedua-dua mayat itu yang dikenali sebagai Marcelin Dumoulin, 40, bekerja sebagai tukang kasut manakala isterinya, Francine, 37 merupakan seorang guru.

Kedua-duanya meninggalkan tujuh anak, lima lelaki dan dua perempuan.

Pengarah syarikat Glacier 3000 yang menguruskan resort itu, Bernhard Tschannen berkata, pasangan itu dipercayai terjatuh ke dalam jurang. - Reuters