Menurut Polis New South Wales, mangsa, Pierre Naville, 67, berlepas bersama tujuh lagi paraglider dari lapangan terbang kecil berdekatan bandar kecil, Wilcannia pada tengah hari semalam.

“Mereka semua telah selamat mendarat di sebuah lebuh raya kira-kira 160 kilometer ke Selatan kecuali mangsa.

“Pencarian darat dan udara digerakkan dan mayat mangsa ditemukan di kawasan hutan belukar berdekatan tempat pendaratan pada tengah hari tadi,” katanya.

Pihak berkuasa sedang mengambil mayat mangsa ketika ini. - AFP