Perkara itu didedahkan oleh seorang jurucakap tentera Filipina, Jo-Ar Herrera dalam sidang media di sini hari ini.

Selain itu kata Herrera, mereka juga dipaksa untuk menentang tentera kerajaan dan dijadikan ‘hamba seks’ kepada anggota kumpulan militan berkenaan.

“Inilah realiti yang berlaku di Marawi ketika ini. Semua bukti (perbuatan) ini menunjukkan bahawa mereka (militan Maute) sememangnya memiliki personaliti yang sangat jahat,” katanya. -REUTERS