Tentera Filipina mengalami kesukaran untuk mengusir sejumlah ahli kumpulan militan berkenaan sejak 23 Mei lalu.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berikrar untuk memerangi kumpulan tersebut namun usaha yang dilancarkan menemukan jalan buntu, menyebabkan ratusan orang maut manakala 400,000 melarikan diri.

Menurut Setiausaha Pertahanan, Delfin Lorenzana berkata, Maute yang diketuai oleh Isnilon Hapilon dilaporkan masih bersembunyi di sebuah masjid di Marawi. - AFP