Daily Mail memetik The Times of India melaporkan, K.C. Shrawan menjalani prosedur tersebut di sebuah klinik swasta dekat sini semalam.

Lelaki berusia 43 tahun yang mengusahakan firma logistik itu meninggal dunia selepas 12 jam prosedur itu dilakukan.

Mangsa yang didakwa menyembunyikan rawatan itu daripada pengetahuan ahli keluarganya telah membayar 500,000 rupee untuk kos pemindahan rambut.

Doktor yang melakukan prosedur berkenaan memberitahu polis bahawa mangsa memintanya melakukan 9,000 'tembakan' rambut pada kepalanya, tiga kali ganda daripada prosedur yang disyorkan.