Ketika kejadian, mangsa, Ravi Subramanian dikatakan sedang menyelenggara enjin pesawat AI-619 yang bersiap sedia untuk berlepas.

Bagaimanapun, mangsa kemudian telah disedut hingga tersangkut di dalam enjin pesawat yang dijadual berlepas pada jam 8.44 malam dari Mumbai ke Hyderabad dan dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian itu menyebabkan pe­nerbangan pesawat tersebut tertunda selama satu jam bagi mengeluarkan mayat yang hancur dan tidak sempurna.

Ketua Pengarah Pengurusan Air India, Ashwani Lohani berkata, siasatan mengenai insiden itu sedang dijalankan dan pihaknya amat sedih dengan kejadian tersebut.

“Kami amat sedih dan kesal de­ngan kejadian tragis itu dan insiden sedang disiasat,” kata Lohani kepada akhbar The Indian Express.

Sementara itu, Asisten Komisioner (DCP), Virendra Mishra berkata, bukti prima facie menunjukkan kejadian itu berlaku akibat kemalangan tanpa ada individu yang didakwa bersalah dan kes tersebut telah didaftarkan di Balai Polis Sahar.

The Indian Express melaporkan, kejadian dipercayai berlaku di­sebabkan juruterbang menghidupkan enjin pesawat lebih awal untuk berlepas sebelum mangsa sempat meninggalkan lokasi kejadian.