Channel News Asia melaporkan, upacara pembukaan itu turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dan Menteri Hal Ehwal Islam Singapura, Dr. Yaacob Ibrahim.

Masjid yang bernilai S$18 juta (RM56.9 juta) itu merupakan antara 71 buah masjid di Singapura dan yang ke-26 ditubuhkan dengan dana daripada Mosque Building dan Mendaki Fund.