Pasangan terbabit yang tinggal kira-kira 1 kilometer dari masjid itu, berpendapat azan berkenaan telah melanggar hak agama mereka sendiri.

Dalam pada itu, pegawai kanan masjid itu, Huseyin Turgut berkata, keputusan mahkamah tersebut adalah mengecewakan.

“Azan cuma dilaungkan selama dua minit, kira-kira sekitar pukul 1 petang tetapi hanya pada hari Jumaat.

“Kami tidak pernah menerima aduan dan mempunyai jiran yang tinggal lebih dekat iaitu hanya 10 meter sahaja,” katanya. - REUTERS