Menurut jurucakap tentera, Brig. Jen. Restituto Padilla, kumpulan itu juga menggunakan surau atau sekolah agama dan masjid untuk melancarkan serangan hendap sekali gus mengehadkan pergerakan pihak tentera.

Difahamkan mereka menahan lebih 200 tebusan termasuk seorang paderi Kristian yang telah merayu kepada Presiden Rodrigo Duterte untuk menarik keluar tentera kerajaan dan menghentikan operasi tentera. - DPA