Lapor Mail Online, Hawking berkata demikian pada acara Starmus Festival, sempena meraikan sains dan seni, di Trondheim, Norway baru-baru ini.

Selain itu, beliau juga membidas keputusan yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berhubung isu perubahan iklim dunia.

“Saya tidak menafikan kepen­tingan menentang perubahan iklim dan pemanasan global. Ti­dak se­perti Trump, yang hanya mengambil keputusan paling sa­lah dan serius berhubung perubahan iklim,” jelas Hawking.

Menurut Hawking lagi, planet Bumi kini berada di ambang kemusnahan berikutan perubahan iklim dan pemanasan global yang semakin teruk.

Justeru itu, Hawking meng­gesa negara-negara berkaitan untuk menghantar angkasawan ke Bulan menjelang 2020 dalam usaha untuk menyemarakkan semula pene­rokaan ruang angkasa.

Tambah Hawking, mereka ju­ga perlu membina pangkalan di Bulan dalam masa 30 tahun dan menghantar orang ke Marikh menjelang 2025.

“Penjelajahan ke angkasa akan mengubah masa depan manusia. Saya harap ia akan menyatakan negara-negara yang bersaing dalam satu matlamat, untuk berdepan cabaran serupa,” ujarnya.