Maklumat mengenai kejadian setakat ini seperti dilaporkan CNN:

- Berlaku pada pukul 1.30 petang waktu tempatan, lelaki bersenjata menyerang dua masjid di Christchurch.

- Polis ‘mengepung’ bandar Christchurch sebagai maklum balas, termasuk sekolah dan bangunan kerajaan. Dalam masa beberapa jam, polis memaklumkan empat ditahan - tiga lelaki dan seorang wanita.

- Dalam media sosial sebelum serangan, akaun dipercayai milik salah seorang penyerang menyiarkan pautan manifesto setebal 87 muka surat yang penuh dengan anti-pendatang, anti-Muslim dan penjelasan mengenai serangan.

- Menurut Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern berkata, bom ditemukan pada kereta penyerang.

- Salah seorang suspek bertindak menyiarkan serangan secara ‘livestream’.

- Sedikit yang diketahui mengenai penyerang. Salah seorang disahkan warga Australia.

- Ardern mengesahkan penyerang tidak berada dalam senarai pemerhatian keselamatan.