Ketika kejadian, pesawat itu membawa 122 orang penumpang termasuk tentera, ahli keluarga mereka dan kru.

Pesawat Shaanxi Y-8 buatan China itu berlepas dari bandar Myeik pada pukul 1.06 tengah hari waktu tempatan.

Walau bagaimanapun pesawat berkenaan terputus hubungan 29 minit selepas berlepas semasa melalui laut Andaman kira-kira 43 kilometer di barat bandar Dawei. - AFP