“Saya tahu sukar untuk tinggalkan rumah dan lebih sukar untuk menunggu. Namun, demi keselamatan, jangan pulang ke rumah masing-masing lagi,” katanya.

Lapor BBC, amaran itu diberikan sehari sebelum Pre­siden Amerika Syarikat, Donald Trump dijangka tiba melawat mangsa dan melihat kerosakan akibat taufan itu.

Taufan itu menyebabkan hujan turun sebanyak lapan trilion gelen dan mengorbankan 35 nyawa.

Paras air terus meningkat dan menyebabkan 16 sungai melimpahi tebing dan tiga lagi akan melimpah menjelang Khamis.

Lebih 4,000 kediaman tenggelam di Bandar New Bern sahaja.

Dari segi ekonominya, Moody Analytics mengunjurkan Flo­rence mengalami kerugian harta sebanyak AS$22 bilion (RM 91.08 bilion).

Cooper turut menambah, kebanyakan penduduk merasakan taufan itu seperti ‘bencana yang tiada akhirnya’.

Kira-kira 10,000 penduduk berteduh di rumah perlindu­­- ­ng­an di seluruh North Carolina dan kira-kira 314,00 mengalami gangguan bekalan elektrik.