Lapor Channel News Asia, Menteri Luarnya, Vivian Balakrishnan ketika menghubungi rakan sejawatan di Malaysia, Saifuddin Abdullah mengutarakan isu berkenaan termasuk soal pengurusan ruang udara.

Katanya, beliau menekankan bahawa terdapat ‘keperluan mendesak’ bagi Malaysia ‘menghentikan pencerobohan’ berkenaan.

“Meskipun bantahan diplomatik yang dibuat, berlaku lagi ‘siri-siri pencerobohan provokatif’ oleh kapal kerajaan Malaysia dalam wilayah laut Singapura di Tuas.

“Kita maklum dengan peta Malaysia 1979 telah melebihi had wilayah laut dituntut di kawasan itu yang mana Singapura tidak pernah bersetuju,” katanya dalam kenyataan akhbarnya semalam. - AGENSI