Kajian oleh saintis dari Sepanyol itu menunjukkan mereka yang gemar makan makanan ringan seperti burger, hotdog dan piza lebih terdedah untuk mengalami masalah kemurungan sehingga 51 peratus berbanding mereka yang hanya makan sedikit atau pun tidak makan langsung.

''Lebih banyak kita makan makanan segera, lebih besar peluang kita berdepan masalah kegemukan,'' kata Almudena Sanchez-Villegas yang mengetuai kajian itu.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Las Palmas de Gran Canaria and Granada, Sepanyol itu kemudiannya diterbitkan dalam Jurnal Pemakanan Kesihatan Awam.

Selain masalah kesihatan, mereka yang gemar makan makanan segera juga lebih cenderung untuk kekal bujang dan kurang aktif.

Sampel di bawah projek SUN (Program Mengesan Gaya Hidup dan Diet, Universiti Navarra) itu terdiri daripada seramai 8,964 peserta yang tidak pernah menjalani ujian kemurungan atau mengambil ubat anti kemurungan.

Mereka telah dinilai selama enam bulan dan 493 daripada mereka dikesan mengalami kemurungan atau mula mengambil ubat anti kemurungan. - AGENSI