Kumpulan Tiens yang dimiliki hartawan budiman China, Li Jinyuan menjalankan perniagaan biotekno­logi, peruncitan dan pelancongan.

Firma itu membelanjakan sejumlah 7 juta euro (RM32 juta) untuk percutian tersebut.

Dalam percutian selama seming­gu itu, syarikat berkenaan turut menempah sebanyak 1,650 bilik hotel, 70 buah bas dan empat buah kereta api laju bagi membawa kakitangannya ke Madrid, Toledo dan Barcelona.

Syarikat itu dalam satu kenya­taan memaklumkan, kakitangan yang kebanyakannya warganegara China itu turut berpeluang menikmati hidangan tempatan Sepanyol seperti paella gergasi dan minuman sangria selain menonton persembahan tarian flamenco.

Sebagai menghargai kunjungan mereka, Datuk Bandar Madrid, Manuela Carmena sempat bertemu Timbalan Presiden Kumpulan Tiens, Liu Tianao.

“Kedatangan kakitangan Kumpulan Tiens memberi makna yang besar kepada Madrid.

“Sebanyak 300,000 pelancong dari China mengunjungi Sepanyol setiap tahun dengan kebanyakan mereka membelanjakan 70 peratus daripada bajet percutian untuk membeli belah,” katanya dalam satu kenyataan.

Kumpulan Tiens memiliki kira-kira 8,000 pekerja.

Mei tahun lalu, Jinyuan membawa sebanyak 6,400 pekerjanya bercuti ke Paris dan Cote d’Azur di Perancis selama empat hari. – AFP