Antara sumber mineral tersebut termasuklah emas, perak, kuprum dan litium.

Presiden AS, Donald Trump sebelum ini menggesa White House menuntut kekayaan mineral di Afghanistan sebagai pertukaran dengan bantuan yang disalurkan AS kepada pembangunan negara ini berjumlah AS$117 bilion (RM759 bilion).

Setiausaha Pertahanan AS, Jim Mattis pada Ahad lalu memaklumkan bahawa Trump sudah me­netapkan keputusan pelan strategi untuk Afghanistan selepas mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak, namun tidak mendedahkan butiran lanjut

Afghanistan juga sangat kaya dengan lithium yang digunakan dalam penghasilan bateri telefon bimbit dan juga kereta elektrik.

Bagaimanapun kekurangan kemudahan asas seperti jalan raya dan laluan kereta api menjadi kekangan kepada negara ini memajukan aktiviti perlombo­ngan sah, selain turut berdepan dengan karenah birokrasi dan tentangan bersenjata. – REUTERS