Kapten Louis Rudd, 47, akan membawa 150 kilogram (kg) makanan dan peralatan semasa merentasi kawasan ais Antartik sejauh 1,500 kilometer selama 75 hari tanpa bantuan.

Lapor Dailymail, lelaki tersebut akan meredah suhu serendah -50 darjah Celsius dalam eks­pedisi Spirit of Endurance bagi menghormati pemergian rakannya, Leftenan Kolonel Henry Worsley dan sebagai penghormatan kepada legenda penjelajah, Ernest Shackleton.

Worsley merupakan mentor Rudd dalam ekspedisi pertama­nya di khutub pada tahun 2011 dan dia menemui ajal ketika cuba melengkapkan misi merentas An­tartik secara solo pada 2016.

Ekspedisi Rudd menghidupkan semula Ekspedisi Imperial Trans-Antartika Ernest Shackleton pada 1914-17.

Kapal Shackleton’s En­du­rance terperangkap dan ke­mudian musnah dalam ais khu­tub pada tahun 1915, menyebabkan 28 orang terkandas dalam keadaan mengerikan dan harapan amat tipis untuk diselamatkan selama lebih setahun.

Dengan keberanian Shackleton akhirnya dapat menye­la­matkan kesemua mereka, sekali gus menjadikannya kisah hidup paling luar biasa sepanjang zaman.

Shackleton dan lima lagi yang lain telah melakukan perjalanan dengan bot berkembar 800 batu untuk sampai ke Georgia Selatan dan mahu menyelamatkan kru yang terkandas.