Menteri Luar Palestin, Riad al-Malki berkata, Mahmoud juga akan meminta EU mengambil langkah yang sewajarnya `sebagai tindak balas’ terhadap keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Kata beliau, pemimpin Palestin itu juga akan `mempertahankan komitmennya terhadap proses damai’ di Asia Barat.

``Memandangkan keputusan Trump telah mengubah peraturan `permainan’ ini, beliau berharap menteri-menteri luar Eropah tampil dan sebulat suara mengiktiraf negara Palestin sebagai tindak balas terhadap keputusan Trump itu,’’ kata Riad. - AFP