“Remaja berkenaan telah dibebaskan daripada sebarang dakwaan.

“Kelmarin, hakim memutuskan walaupun dia menggugurkan kandungannya tetapi keadaan yang memaksanya berbuat demikian dan dia juga dirogol oleh abang kandungnya,” ujar jurucakap Mahkamah Tinggi di wilayah Jambi, kepulauan Sumatra, Hasoloan Sianturi.

Tambah Hasoloan, ibu kepada remaja terbabit sedang disiasat sama ada membantunya menggugurkan kandungan.

Sementara itu, abang kandung kepada remaja tersebut dikenakan hukuman penjara selama dua tahun kerana melakukan jenayah seksual terhadap remaja bawah umur. - REUTERS