Langkah itu sekali gus me­nge­tepikan gesaan anggota Parlimen pembangkang yang mahu mahkamah menolak pelaksanaan undang-undang tersebut atas alasan tidak cukup fakta.

“Sebahagian besar daripada para hakim mengambil keputusan untuk menolak petisyen yang dikemukakan mereka (pembangkang),” kata jurucakap Mahkamah Agung Filipina, Theodore Te.

Duterte pada 23 Mei lalu tidak menolak kemungkinan melaksanakan undang-undang tersebut kira-kira beberapa jam selepas bera­tus-ratus lelaki bersenjata mengibarkan bendera hitam Daesh menawan Marawi.

Sejak peristiwa itu, beratus-ratus nyawa terkorban susulan pertempuran yang tercetus antara tentera kerajaan dengan anggota kumpulan militan.

Dalam pada itu, anggota Parlimen pembangkang dalam petisyen yang dikemukakan ke­­­­pada mahkamah mendakwa, pelaksanaan undang-undang tentera membuka jalan kepada ‘penindasan’.

Menurut mereka, hal demikian kerana rakyat Filipina akan sekali lagi berdepan ‘detik hitam’ seperti yang terjadi ketika era pemerintahan bekas Presiden, Ferdinand Marcos pada 1986.

Ketika mengumumkan pelaksanaan undang-undang itu juga, Duterte dikatakan turut memuji pendekatan Marcos, namun berikrar akan melakukannya mengikut caranya yang tersendiri.

Di bawah Perlembagaan Fi­lipina sebelum ini, Presiden hanya dibenar mengisytiharkan undang-undang itu untuk mencegah daripada ‘pencerobohan atau pembe­rontakan’ dalam negara.

Tempoh penguatkuasaannya dikatakan terhad kepada 60 hari dan jika Duterte berhasrat untuk memanjangkan tempoh itu, beliau perlu mendapatkan kelulusan Kongres. – AFP