Bagaimanapun, penyanyi itu perlu menunggu hampir seminggu sebelum mendapat keputusan berhubung permohonan tersebut.

Jurucakap Madonna, Mlenga Mvula berkata, ketika ini terpulang kepada mahkamah jika meluluskan arahan pengambilan itu.

Pada 2008, Madonna, 58, mengambil David Banda sebagai anak angkat diikuti Mercy James setahun kemudian.

Bintang pop itu pada 2006 mengasaskan badan kebajikan yang diberi nama Raising Malawi bagi membasmi kemiskinan dan kesukaran hidup di kalangan anak yatim dan miskin negara Afrika Selatan itu. - AFP