Nilai bidaan itu sekali gus memecahkan rekod lelongan untuk seorang artis yang masih hidup.

Portrait of an Artist (Pool with Two Figures) dijual selepas dibida selama lebih sembilan minit oleh dua pembida melalui telefon.

Menurut rumah jualan lelong Christie’s, rekod jualan terdahulu dipegang oleh artis Jeff Koons dan lukisannya iaitu Balloon Dog (Orange) yang dijual dengan harga AS$58.4 juta (RM244.8 juta) pada 2013.

Christie’s menganggarkan lukisan minyak pada 1972 itu bernilai AS$80 juta (RM335.3 juta) dan menyifatkan karya Hockney sebagai salah satu yang terhebat pada era moden.

“Ini merupakan peluang membeli lukisan terbaik daripada seorang artis,” kata Naib Presiden pasca perang dan seni kotemporari di Christie’s sebelum acara lelongan berlangsung.

Christie’s enggan mendedahkan identiti pembeli tetapi laman sesawang Bloomberg dan Artnet melaporkan lukisan berkenaan dibeli oleh hartawan Britain, Joe Lewis.

Joe Lewis merupakan pemilik Tavistock Group dan kelab bola sepak Tottenham Hots­pur. – AFP