Yusaku Maezawa
Yusaku Maezawa

Sotheby memaklumkan lukisan yang dihasilkan pada 1982 itu mencatat rekod jualan peribadi tertinggi bagi Basquiat dan pelukis Amerika Syarikat (AS).

Lukisan bercorak grafiti tipografi menggambarkan raut wajah yang berbentuk tengkorak manusia.

Hasil karya itu dibeli oleh pengumpul lukisan terkemuka dan jutawan e-dagang Jepun, Yusaku Maezawa selepas ‘perang’ bidaan berlangsung selama 10 minit.

“Saya amat teruja dan jatuh cinta sebaik sahaja melihat lukisan ini,” kata­nya.

Beliau merancang untuk mempamerkan lukisan tersebut di muzium milik­nya di Chiba, Jepun selepas meminjamkannya kepada institusi dan pusat pameran di seluruh dunia.

Untitled pada awalnya tidak dikenali se­­belum didedahkan oleh Sotheby beberapa minggu lalu.

Pusat lelongan itu memaklumkan, lukisan itu disimpan dalam koleksi peribadi sejak dibeli dalam acara lelongan dengan harga AS$19,000 (RM82,221) pada 1984.

Rekod jualan peribadi lukisan hasil karya Basquiat tertinggi pernah dibuat sebelum ini ialah pada Mei tahun lalu dengan tajuk lukisan Untitled, 1982 dengan harga AS$57.3 juta (RM248 juta) juga dibeli Maezawa.

Basquiat merupakan pe­lu­kis kelahiran Brooklyn manakala bapanya berasal dari Haiti dan ibunya dari Puerto Rico.

Pelukis itu meninggal dunia pada 1988 ketika usia 27 tahun akibat mengambil dadah berlebihan.– AGENSI