Menurut dokumen mahkamah, ejen berkenaan, Ye Lin Myint yang merupakan rakyat Myanmar, mensasarkan beberapa pelanggan selepas mereka terlepas temu janji atau membatalkan polisi insurans.

Lin Myint juga menyasarkan mereka yang pada awalnya mahu membeli polisi insurans tetapi memutuskan untuk tidak membelinya.

Lelaki berusia 36 tahun itu menghantar emel dan surat ancaman kepada enam individu.

Isi kandungan emel dan surat itu menyatakan keluarga mangsa akan diancam melainkan satu bitcoin dipindahkan ke dalam akaunnya. - AFP