Acara lelong yang dijalankan oleh Sotheby’s itu diadakan di sebuah hotel mewah di tepi Tasik Geneva, menyaksikan kira-kira 10 koleksi barang kemas peribadi milik Antoinette termasuk yang tidak pernah ditunjukkan kepada umum selama dua abad dilelong.

Kesemua 10 barang kemas ter­sebut yang pada mulanya dianggarkan mencatat jumlah jualan AS$3 juta (RM12.6 juta) berjaya dijual AS$43 juta (RM180 juta).

Sebutir kerongsang berlian milik Antoinette juga dilelong pada nilai AS$1.75 juta (RM7.3 juta).

Menurut sumber, pada pe­tang sebelum Antoinette di­pen­jara dan dibunuh, beliau me­nghabiskan masanya dengan memakai semua barang kemas­nya sebelum disimpan ke dalam sebuah kotak kayu.

Pada 1972, keluarga diraja Perancis dipenjara di Paris, menyaksikan Antoinette dan suaminya dihukum bunuh setahun selepas itu manakala anak lelaki mereka berusia 10 tahun mati dalam tahanan.

Hanya anak perempuan Antoinette, Marie Therese terselamat. Beliau kemudian dihantar ke Austria pada 1976 dan semua barang kemas milik Antoinette diberikan kepadanya.

Therese kemudian menye­rahkan barang kemas tersebut kepada anak buahnya dan mengambil seorang anak angkat perempuan. – AFP