Hakim menyifatkan saman yang dikemukakan dua beranak itu ke atas stesen televisyen tersebut tidak boleh diterima di mahkamah.

“Kebenaran adalah satu pem­belaan,’’ tegas hakim, sebagaimana dilaporkan portal Mirror.co.uk.

Dua beranak itu memfailkan saman terhadap komen yang dibuat oleh stesen televisyen itu pada Februari 2014, apabila seorang tetamu dalam satu sesi perbincangan mendakwa: "ibu Lindsay Lohan mengambil dadah bersama anaknya’’.

Menurut portal TMZ, hakim turut mengetepikan kes yang difailkan Dina dalam isu serupa dengan menyifatkan komen itu tidak berniat jahat.

Terdapat satu rakaman perbualan telefon antara Lohan yang menghubungi bapanya, Michael yang bertanyakan di mana ibunya, dan aktres itu didengar me­nyatakan bahawa ibunya sedang mengambil dadah semasa mereka sedang menaiki kereta bersama.

Awal tahun ini, bintang filem Mean Girls itu dan ibunya mendakwa reputasi mereka tercemar de­ngan komen-komen tersebut dan menuduh Fox News mewujudkan 'sindiran berniat jahat’.

Mirror gagal mendapatkan Lohan dan Dina bagi mengulas keputusan mahkamah itu.