Insiden itu berlaku di sebuah perkampungan di daerah Chitborey sejak Khamis lalu.

“Dua lelaki dan tiga wanita disahkan meninggal dunia semalam manakala 18 lagi dimasukkan ke hospital selepas minum air tercemar dari terusan di kampung berkenaan,” kata Timbalan Ketua Polis Wilayah Kratie, Om Phy.

Tambah Phy, kesemua mangsa mengalami simptom sama seperti sakit dadah, pening kepala, muntah, sakit perut dan mata. - BERNAMA