Kedua-dua gadis malang itu maut serta merta selepas dihempap pokok ketika ribut selain daripada 20 kanak-kanak lagi cedera apabila ribut itu membadai kawasan perkhemahan dengan 140 peserta di kampung Suszek di utara Poland.

Selain itu, seorang wanita turut terbunuh apabila pokok menghentam rumahnya di kampung Konarzyny manakala seorang lelaki yang sedang nyenyak tidur dalam khemah di kampung berhampiran juga meninggal dunia selepas terkena pokok diterbangkan angin kencang.

Pihak berkuasa di wilayah sama juga mengesahkan kematian mangsa kelima lelaki berusia 48 tahun dihempap pokok.

Gelombang kepanasan luar biasa menyaksikan suhu meningkat kepada 30 darjah Celsius seluruh Poland sejak beberapa hari lalu tetapi cuaca sederhana dijangka pada hujung minggu. - AFP