Pasukan Pertahanan Sivil Singapura (SCDF) dalam satu status yang dimuat naik ke dalam akaun Facebook berkata, kemalangan industri itu berlaku kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Kesemua mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke hospital sebaik sahaja diselamatkan, lapor The Straits Times.

Salah seorang daripada mangsa yang dikatakan luka melecur akibat insiden itu dibawa ke Hospital Besar Singapura manakala selebihnya dibawa ke Hospital Ng Teng Fong.

Difahamkan, runtuhan terbabit berpunca daripada satu letupan. Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih disiasat. - AGENSI