Agensi Berita Interfax melaporkan, Kementerian Kesihatan tempatan berkata, letupan tersebut berlaku di kilang ‘Kristall’ di Dzerzhinsk kira-kira 400 kilometer (km) timur Moscow.

“Kesemua yang cedera iaitu sekitar 19 orang sedang menerima bantuan perubatan.

“Kami katakan mengenai luka akibat serpihan besi yang sederhana dan ringan,” jelas wakil kementerian kesihatan tempatan.

Sementara itu, wakil Kristall memberitahu, ketika letupan berlaku seramai lima orang sedang bekerja. - AFP