Agensi berita Rusia melaporkan, Kementerian Kecemasan menyatakan sehingga pagi tadi, sebanyak 22 daripada 37 mayat yang ditemukan telah dikenal pasti.

Pasukan penyelamat juga menghadapi cuaca sejuk dalam operasi bagi mencari mangsa dengan angka kematian bertambah sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu, Jawatankuasa Penyiasatan Rusia masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar letupan berkenaan.

Katanya, tiada kesan bahan letupan ditemukan di lokasi kejadian. - REUTERS