Ketua Polis Bangkok, Sanit Mahathavorn yang membuat pemeriksaan di lokasi kejadian semalam, berkata pihak berkuasa tidak akan menolak apa jua motif dalam usaha mereka untuk mencari kebenaran.

“Kami memerlukan bukti yang lengkap sebelum memuktamadkan kes. Tidak akan menolak apa jua kemungkinan berkaitan motif,” katanya.

Peranti letupan itu disembunyikan di dalam tong sampah dan meletup dua pekerja City Hall yang bertugas tidak jauh dari situ mengalami cedera ringan dan dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan.

Sanit berkata pihak berkuasa turut meneliti kamera keselamatan litar tertutup (CCTV) tidak jauh dari situ untuk mencari petunjuk berkaitan letupan dan pelakunya. - BERNAMA