ARVIND KATHPALIA
ARVIND KATHPALIA 

Arvind Kathpalia gagal dalam ujian itu sebelum melakukan penerbangan ke London dari New Delhi, semalam.

Malah ini merupakan kali kedua beliau gagal dalam ujian alkohol dan pernah digantung tugas selama tiga bulan pada 2017 kerana didakwa enggan menjalani ujian yang sama.

Arvind memberitahu Reuters, beliau akan mencabar keputusan tersebut dan mendakwa dia me­rupakan mangsa dalam pertikaian dalaman syarikat pe­nerba­ngan itu yang dimiliki kerajaan.

Berdasarkan spesifikasi tugas sebagai Pengarah Operasi yang disandang lelaki itu pada Jun tahun lalu, beliau bertanggungjawab terhadap operasi penerbangan, pendaratan, keselamatan penerbangan dan latihan.

Namun, tidak jelas sama ada spefikasi itu masih diamalkan manakala syarikat Air India enggan memberi ulasan berhubung isu ber­kenaan.

Menurut laporan pemeriksaan perubatan prapenerbangan untuk alkohol yang didedahkan dalam portal berita India Today, Arvind gagal dalam ujian itu dan diisytiharkan tidak layak untuk melakukan penerbangan.

Arvind yang menafikan me­ngambil minuman keras berkata, dia menjalani dua ujian ber­kenaan dalam tempoh 20 minit dan bacaan pada ujian kedua le­bih tinggi daripada ujian pertama.

“Kejadian berlaku pada pu­kul 1.30 petang. Hanya ‘kaki botol’ yang mabuk waktu ini. Saya akan mencabar keputusan ber­kenaan,” katanya.

Pada Ogos tahun lalu, Pertubuhan Juruterbang Komersial memfailkan kes ke mahkamah memohon tindakan tegas terhadap sikap dan kegagalan Arvind dalam ujian alkohol pada tahun sama.

Malah pertubuhan berkenaan turut menghantar petisyen ke mahkamah membantah pelantikan beliau sebagai Pengarah Operasi. – Reuters