Kejadian tersebut berjaya dirakam penduduk sebuah perkampungan di Mejorada del Campo ketika menunggu pintu kandang dibuka untuk ‘dikejar’ haiwan tersebut dalam festival itu.

Rakaman tersebut diperoleh Pertubuhan Penentang Layanan Buruk Terhadap Binatang (PACMA) yang kemudian memuatnaik ke dalam media sosial.

Video tersebut menunjukkan seekor lembu berwarna hitam melompat ke bahagian atas kurungan sebelum terjun ke bawah.

Malangnya, ketika lembu berbadan besar itu melompat ke atas permukaan konkrit, ia terus jatuh tertiarap.

Haiwan itu gagal berdiri semula dan terpaksa mengheret badannya, menggunakan kedua-dua kaki hadapan untuk bergerak.

Kejadian tersebut menjadi tular selepas menerima lebih 300,000 kritikan daripada pengguna media sosial.

PACMA juga dilaporkan telah membuat laporan kepada pihak berwajib kerana penganjur festival tidak menjalankan prosedur yang betul untuk mengendalikan haiwan dalam festival berkenaan.

Malah pertubuhan itu turut membuat petisyen supaya kerajaan Sepanyol menggubal undang-undang untuk memberi perlindungan lebih ketat terhadap haiwan di negara itu. - DAILY MAIL