Kesemua sampel batu yang dikutip dalam Misi Soviet Luna-16 pada 1970 menca­tatkan peningkatan nilai dua kali ganda berban­ding AS$442,500 (RM1.8 juta) yang ditawarkan dalam jualan lelong pada 1993.

Ketiga-tiga sampel batu berkenaan merupakan milik Nina Ivanovna Koroleva, balu bekas pengarah program ang­kasa lepas Kesatuan Soviet, Sergei Pavlovich Korolev.

Batu tersebut diberikan kepada Koroleva sebagai menhargai jasa serta sumbangan suaminya.

Korolev merupakan jurutera roket, pereka pesawat serta kapal angkasa lepas dan pelopor kepada program ang­kasa lepas Kesatuan Soviet dari tahun 1950 hingga 60-an.

Sumbangannya disifatkan sebagai kunci kejayaan dalam banyak program angkasa lepas Soviet termasuk misi manusia pertama yang mengorbit bulan oleh angkawasan Yuri Gagarin.

Korolev, bagaimanapun meninggal dunia pada 1966 tanpa sempat menyaksikan sampel tanah bulan dibawa pulang ke Bumi.

Pada September 1970, kapal tanpa pemandu Luna-16 mendarat di bulan dan mengambil sampel batuan sebelum pulang semula ke Bumi.

Koleksi batuan tersebut disifatkan sebagai luar biasa berikutan banyak koleksi yang dimiliki oleh rakyat Amerika Syarikat (AS) kini berada di ta­ngan kerajaan AS dan bukannya dimiliki secara peribadi. – AFP