Menurut komander polis imigresen lapangan terbang, Kolonel Ploen Klinphayom, insiden itu berlaku semalam ketika lelaki itu dikenali sebagai Pirapu Tharmalingam berada di kaunter imigresen di lapangan terbang berkenaan.

"Dia hendak menaiki pesawat Kuwait Airlines ke Paris melalui Kuwait City," katanya kepada Bernama di sini hari ini, sambil menambah siasatan mendapati lelaki Sri Lanka itu masuk ke Thailand melalui Betong di wilayah Yala, selatan Thailand pada 13 September lalu.

Menurut suspek, dia membeli pasport palsu dari seorang agen di Kuala Lumpur.

Dari Betong, lelaki terbabit menaiki bas ke Bangkok dan membuat tempahan di sebuah hotel di kawasan Sukhumvit sepanjang berada di Bangkok. - BERNAMA