Polis dalam taklimat disiarkan melalui televisyen tempatan berkata, lelaki yang kenali sebagai Xu berusia 22 tahun antara yang terbunuh dalam kejadian berhampiran pintu masuk pusat asuhan tersebut.

Xu tidak menamatkan persekolahan berikutan mengalami masalah mental.

"Bahan untuk membuat bom buatan sendiri ditemui di rumah pangsa milik suspek, dan terdapat tulisan pada dinding bermaksud bunuh, mati, musnah dan hancurkan,” kata polis.

Dua mangsa terbunuh serta merta di tempat kejadian, manakala enam lagi meninggal dunia semasa dirawat di hospital.

Gambar yang tersebar di media sosial China menunjukkan berbelas orang wanita dan kanak-kanak terbaring selepas kejadian tersebut.

Satu video menunjukkan seorang wanita dalam keadaan kebingungan, manakala yang lain duduk di lantai sambil meriba kanak-kanak yang menangis.

"Semasa saya sampai, tempat kejadian berselerak, kedua-dua orang dewasa dan kanak-kanak terbaring. Saya berasa sangat takut,” Wei Xunying memberitahu Reuters.

Menteri Pendidikan China dalam kenyataan berkata, pihak berkuasa telah memperketatkan kawalan di sekolah untuk memastikan keselamatan murid-murid dan guru terjamin.

Pihak berkuasa tempatan dalam laporan awal pula mendakwa letupan itu berlaku ketika ibu bapa sedang mengambil anak-anak masing-masing.

Bahan letupan memang mudah diperoleh di China kerana bahan sedemikian banyak digunakan di lombong-lombang di seluruh republic itu.

Kejadian keganasan sangat jarang dilaporkan di China, namun kebelakangan ini terdapat kejadian serangan menggunakan pisau dan kapak yang mensasarkan kanak-kanak. - REUTERS