BANGKOK 7 Jun - Mahkamah Thailand semalam menjatuhkan hukuman penjara selama 14 bulan kepada seorang lelaki warga Kanada, David Roach atas kesalahan merompak bank menggunakan sekeping nota ugutan dan membawa lari wang sebanyak AS$22,000 (RM 93,905) di Singapura.
Menurut kenyataan pihak berkuasa di Singapura, Roach memasuki cawangan bank Standard Chartered pada Julai lalu dan menyerahkan sekeping kertas kepada pekerja bank serta berjalan keluar dengan wang berkenaan.
Suspek kemudiannya melarikan diri ke Bangkok di mana dia diberkas beberapa hari selepas itu di sebuah hostel. - AFP