Memetik laporan AFP, lelaki berusia 41 tahun yang berasal dari Paris itu dipercayai terlibat dalam perbalahan selepas teman wanitanya yang merupakan warga tempatan diganggu polis yang ketika itu tidak bertugas.

Ketua Polis Imigresen Polis Thailand, Surachate Hakpan memberitahu mangsa dan polis tersebut disahkan di bawah pengaruh alkohol ketika pergaduhan itu berlaku.

“Mereka dalam keadaan mabuk ketika bergaduh. Tetapi pegawai polis tersebut pada ketika itu tidak melawan balik.

“Polis tersebut dipercayai mengekori mangsa ke tempat penginapannya sebelum menembaknya sehingga mati,” katanya.

Dalam pada itu, Surachate memberitahu pegawai polis tersebut akan dipecat daripada jawatannya dan ditahan atas tuduhan membunuh.

Pada masa yang sama, Polis Thailand kini sedang menjejaki seorang lagi suspek yang dikenalpasti menerusi rakaman kamera litar tertutup.