Mangsa yang dikenali sebagai Darsih, penduduk Desa Datar di Dayeuhluhur maut akibat tertimpa pokok kelapa yang tumbang.

Menurut seorang pegawai da­ri agensi pengurusan benca­na alam negara, penduduk kampung terpaksa mencari perlindungan di rumah jiran dan saudara mara akibat kejadian berkenaan.

Seorang pegawai dari agensi pengurusan bencana alam daerah Cilacap, Edy Sapto Priyono berkata, kampung yang terlibat termasuklah Hanum, Bingkeng, Dayeuhluhur dan Panulisan.

Bencana alam itu juga melanda daerah Wanareja melibatkan Desa Limbangan dan Sidamulya menyebabkan 15 rumah rosak.

Tiga kampung di daerah Majenang juga mengalami kejadian yang sama melibatkan Desa Ujungbarang, Cibeunying dan Salebu, melibatkan kerosakan pada tujuh rumah.

Kata beliau, pihaknya masih meneliti laporan tentang kerosakan dan kerugian yang dialami oleh mangsa yang terlibat. – Bernama/Tribunnews.