Lelaki yang dipercayai berusia lewat 20-an itu ditahan di kawasan landasan di Lapangan Terbang Dublin.

Sebelum itu, lelaki terbabit lewat tiba di pintu pelepasan dan cuba merayu petugas penerbangan agar membenarkannya menaiki pesawat yang sudah mahu berlepas.

Namun petugas itu tidak membenarkannya berbuat demikian kerana pesawat sudah bersedia untuk berlepas.

Secara tiba-tiba, lelaki terbabit merempuh pintu pelepasan dan berlari ke arah pesawat yang sudah bergerak di landasan.

Dia juga cuba menahan pesawat tersebut.

Bagaimanapun polis sempat menahannya sebelum dia sempat mengejar pesawat berkenaan lebih jauh.

Pesawat itu berlepas 21 minit lewat daripada jadual. – DAILYRECORD